Ahad, 11 Oktober 2009

Aidilfitri Di Bukit Berangan 2009

Ini gambar di pagi Aidilfitri. Saya (berbaju melayu hijau) bersama sebahagian anak-anak, menantu dan cucu-cucu saya.

Bersiap untuk berhari raya

Saya bersama keluarga anak sulung saya Samihah dan suaminya Ustaz Asri beserta cucu-cucu saya. Semuanya perempuan.

Selamat Datang!

Assalamualaikum.

Selamat datang ke Kampung Bukit Berangan, Kota Kuala Muda Kedah untuk bersua dengan Paklang Zaini.

Biar pun saya orang kampung dan boleh dikatakan melewati sempadan senja, namun saya tidak mahu 'ketinggalan bas' untuk mempunyai blog sendiri yang insyaAllah akan saya gunakan untuk mengabadikan diri dan keluarga saya.

Saya mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin berkongsi coretan dan pengalaman serta nasihat-nasihat berguna.

Sekian, selamat berblog.